Friday, February 11, 2011

Teka-teki Imam GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


ukhwah selamanya

Monday, February 7, 2011

Happy Engagement Syamim Ashraf

orang kata...dah lengkap step dalam adat melayu...2/3 je...tunggu setp yg ke 3 je dilaksanakan...btw..just nak annouce pertunangan salah seorang sahabat kita..Muhammad Syamim Ashraf...dan tunang nya ..gadis bertuah yg bakal menjadi penyeri leftanan muda kita...Masturah Daud...



 sumber : fb cmap

sumber : fb MAsturah

sape tak kenal syamim ashraf a.k.a CMAP??..hehe..thats name yg popular dikalangan kita...mebi ade yg tak cam kot...maklumlah dah lame tinggal sekolah...die ni ajk KOOP mase kite form five...senang cite..tgk la pic die ea....and saya selit kan sekali gmbr tunang beliau...harap kedua2 nya memberi keizinan...nak tunggu gmbr mereka berdua..lambat..nanti jadi kisah lame..biar hot from oven kan...tarikh pertunangan 6 Februari 2011..
tarikh nikah..belum decide lagi..once dah decide..kita serbu reramai k....
so...ni dah giliran die...
mari kita lihat jap list mereka yg sudah mendiri kan masjid...

Nurul Diyana Ariffian - 5 Al - Razi
Nur Hafizah Anuar - 5 ibn Khaldun
Maslina mohd Doraji - 5 ibn Khaldun
Ya hartono - 5 Al- Razi
Sakinah al mardhiah - 5 Al - razi

tak ingat exact tarikh nikah dorang..tp alhamdulillah..kita dah dpt 2 anak buah dari mas and fie...

wah..perasan tak?ni sume wakil razi and khaldun je..maklum la..kelas sebelah menyebelah..ni cmap pun dari khaldun gak...hehe..kite tunggu khabar dari kelas lain pulak ea...sekian...

ukhwah selamanya

Friday, February 4, 2011

latest....iyyad and adam

assalammualaikum...
nmpknye last post untuk blog kite ni may tahun lepas....

skrg sy sbgi one of the author nak mengkhabarkan sedikit berita2 gembira yg berlaku di dalam batch kita....

iyyad and adam...

adalah anak buah sulung kita yg pertama...yg penting mama untk kedua baby ini adalah pelajar lukisan kejuteraan....heheh..tahniah buat anda berdua dan suami....semoga iyyad dan adam menjadi anak yg soleh....

gambar ini saya petik dari laman sosial mereka..harap mereka izin kan...


anak kepada puan maslina dan suami





semakin ramai yg membina keluarga..umr kita semua pun dah menginjak ke 23 tahun..dan dengar khabar gembira...mungkin ada lagi beberapa yg akan membina masjid..kita doakan semua kawan2 kita berjaya dimana saja mereka berada..

Insya Allah.more to update later...

salam sayang
nurhaz...